Awal hidup Miriam Makeba

Beliau lahir di bandar lokasie Kota Prospek, Johannesburg pada 4 Mac 1932 kepada Caswell Makeba, seorang guru berbangsa Xhosa dan Christina Makeba, seorang pembantu rumah berbangsa Swazi.[4][5][6] Nama " Zenzile diberikan daripada ungkapan bahasa Xhosa uzenzile "kamu yang mahu tanggung sendiri", diucapkan neneknya kepada ibunya yang berdegil mahu melahirkan anak kandungannya meskipun diberitahu mampu mengancam nyawanya.[7] 18 hari kemudian, ibunya ditahan kerana menjual arak jagung terangkum dalam undang-undang mengharamkan perniagaan minuman keras kepada warga kulit hitam sana.[5][8][9] Sementara itu, ayahnya mendapat kerja sebagai kerani untuk Shell Oil Company di Nelspruit (kini Mbombela) dan keluarganya berpindah sana selepas ibunya dibebaskan.[6][10]

Setelah ayahnya meninggal dunia, beliau, adik-beradik dan para sepupunya berpindah ke rumah nenek sebelah ibunya di lokasie Riverside pinggir Pretoria sambil ibunya berpindah ke pusat bandar Johannesburg sebagai pembantu rumah keluarga-keluarga bangsa kulit putih di sana.[6][11]

Beliau terlibat dalam kumpulan padu suara sekolah Methodis Kilnerton Training Institute di Pretoria selama lapan tahun.[5][12]

Rujukan

WikiPedia: Miriam Makeba http://data.rero.ch/02-A017747472 http://www.capetownmagazine.com/pulse/Music-Surpri... http://www.economist.com/node/12591050?story_id=12... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://afp.google.com/article/ALeqM5jqkPEaEhnS8oRn... http://ibdb.com/person.php?id=88154 http://www.imdb.com/name/nm0538460/ http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=940... http://www.nytimes.com/2008/11/11/world/africa/11m... http://weekly.ahram.org.eg/2001/558/profile.htm